hiburan
Lama Sajat Kat Malaysia Tiada Siapa Yang Berani Tegur Tapi Bila Dia Luar Negara Habis Semua Orang Atas Bising. Kata Kata Caprice Memang Pedas
Loading...
Tindakan Nur Sajat berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah baru-baru ini adalah ujian besar bukan saja untuk ahli perniagaan kontroversi terbabit tetapi kepada semua umat Islam di negara ini, kata Caprice.
Menurut penyanyi itu, kesan perbuatan Nur Sajat – atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman – itu sewajarnya dinilai secara keseluruhan.
“Semua ujian ni bukan untuk Nur Sajat saja, tapi lebih nak menunjukkan bagaimana kita sebagai Muslim akan respons. Adakah kita akan rapatkan saf sebagai ummah, atau adakah kita akan terpisah? Ni amat teruk untuk ummah.” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Nusa Fest di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, sekiranya individu seperti Nur Sajat melakukan kesilapan, mengecamnya juga akan membuatkan lebih ramai golongan seumpama itu menghindarkan diri daripada mendapatkan nasihat pakar agama.
“Benda ni akan membuat golongan macam itu lagi susah nak berjumpa ustaz, sebab dikecam sangat teruk.“Justeru, apabila perkara sebegini berlaku, kita kena refleks diri balik, apakah kesan jangka panjang untuk itu,” katanya.
Terdahulu selebriti yang sering lantang bersuara di media sosial itu menghasilkan empat rakaman video bagi mengulas isu Nur Sajat yang masih heboh diperkatakan.
Sumber: Malaysiakini
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments